top of page
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
-
Q1. Apakah keistimewaan E22 jika dibandingkan dengan Jalan Persekutuan yang sedia ada? What is the E22 privilege compared to the existing Federal Road?Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan E22. Antaranya adalah: Perkhidmatan panggilan kecemasan di setiap 2 km di sepanjang lebuhraya E22. Perkhidmatan percuma Pasukan Keselamatan E22 yang sentiasa mengawasi, memantau dan membantu pengguna lebuhraya 24 jam sehari. Skop perkhidmatan adalah terhad kepada pembaikan kecil dan perkhidmatan tow ke plaza tol atau kawasan Rehat dan Rawat berhampiran dan hanya tertakluk kepada kenderaan Kelas 1 dan Kelas 4 sahaja. Lebuhraya E22 menghubungkan anda terus dengan laluan ke Lapangan Terbang Senai dan merupakan jalan terpantas dari arah Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Penawar / Desaru. Kami menyediakan kawasan Rehat & Rawat untuk keselesaan pengguna lebuhraya. There are many advantages of using E22. It is include: An emergency call service in every 2 km along the E22 highway. A Free-of-Charge E22 Security Team is constantly monitoring and assisting highway users for 24 hours a day. The scope of the service is limited to a simple repairs and tow services to the toll plaza or the nearest Rehat and Rawat (R&R) area and it is only subject to Class 1 and Class 4 vehicles only. The E22 Highway connects you directly with the route to Senai Airport and it is the fastest route from Kota Tinggi, Pasir Gudang and Penawar/Desaru. We provide Rehat & Rawat areas for the convenience of highway users.
-
Q2. Apakah yang menjadi daya tarikan utama di Lebuhraya E22? What is the main attraction of the E22 Expressway?Di sepanjang 77 km lebuhraya E22 ini, anda disajikan dengan pemandangan indah dengan adanya pusat tanaman orkid, kolam, hutan paya bakau, jambatan merentangi Sungai Johor dan banyak lagi. Along the 77 km E22 highway, you are able to enjoy the beautiful scenery with orchid plants, ponds, mangrove forests, bridges across the Johor River and much more.
-
Q3. Bagaimana hendak ke Bandar Penawar / Desaru menggunakan lebuhraya E22? How to get to Bandar Penawar / Desaru via E22 highway?Dari: Senai / Lebuhraya PLUS (Kuala Lumpur / Melaka / Negeri Sembilan) : Pengguna dari lebuhraya PLUS perlu keluar di Persimpangan Senai Utara / Tuas / Linkedua dan sejurus selepas pembayaran tol, sila ambil laluan menghala ke Senai. Selepas lebih kurang 2 km perjalanan, sila masuk ke Persimpangan Lebuhraya E22 yang dikenali sebagai Persimpangan Utama Senai. Untuk ke Desaru, anda kini hanya memerlukan lebih kurang 45 minit untuk terus sampai ke Persimpangan Penawar dan seterusnya ke Desaru. Dari: Pasir Gudang / Cahaya Baru : Anda boleh menggunakan E22 menerusi Persimpangan Pasir Gudang yang terletak di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat dan terus ke Persimpangan Cahaya Baru. Untuk ke Desaru, anda kini hanya memerlukan lebih kurang 18 minit dari Persimpangan Cahaya Baru untuk sampai ke Persimpangan Penawar dan seterusnya ke Desaru. From: Senai / Lebuhraya PLUS (Kuala Lumpur / Melaka / Negeri Sembilan): Users from the PLUS highway need to exit at Senai North / Tuas / Linkedua Junction and after toll payment, user may take the route to Senai. After about 2 km journey, please enter the E22 Expressway Intersection known as Senai Main Junction. To get to Desaru, users only need about 45 minutes to reach the Penawar Junction and then to Desaru. From: Pasir Warehouse / Cahaya Baru: Users can use the E22 through the Pasir Gudang Intersection located at Tanjung Langsat Industrial Area and directly to the Cahaya Baru Junction. To get to Desaru, you only need about 18 minutes from Cahaya Baru Junction to get to the Penawar Junction and then to Desaru.
-
Q4. Bagaimana hendak ke Senai / Kuala Lumpur / Lebuhraya PLUS dari Pasir Gudang? How to get to Senai / Kuala Lumpur / PLUS Highway from Pasir Gudang?Anda perlu masuk di persimpangan Pasir Gudang menerusi Jalan Persiaran Tg. Langsat dan dalam masa 4 minit anda akan tiba di Persimpangan Cahaya Baru. Di sana, anda perlu mengambil kad transit dan teruskan perjalanan ke Senai di mana ianya akan menghubungkan anda terus ke Lapangan Terbang Senai atau ke Kuala Lumpur / Linkedua menerusi Lebuhraya PLUS (E2). You need to enter the Pasir Gudang intersection via Jalan Persiaran Tg. Langsat and in 4 minutes time, you will arrive at Cahaya Baru Junction. From there, you will need to take a transit card and head to Senai where it will connect you directly to Senai Airport or to Kuala Lumpur / Linkedua via PLUS Highway (E2).
-
Q5. Berapa dan di manakah kawasan hentian rehat di sepanjang lebuhraya E22? How and where is the stop rest area along the E22 highway?Terdapat 2 Kawasan Rehat dan Rawat E22: KM 31 di laluan menghala ke Senai. KM 32 di laluan menghala Penawar / Desaru. There are 2 Rest Area E22: 1. KM 31 on the route to Senai. 2. KM 32 on the route to the Penawar / Desaru.
-
Q6. Bagaimanakah hendak menghubungi pihak E22 sekiranya berlaku kecemasan atau hendak membuat aduan? How to contact the E22 in the event of an emergency or to lodge a complaint?Anda boleh: Menggunakan telefon kecemasan yang terletak di setiap 2 km sepanjang E22. Menghubungi talian hotline: 07-861 2222. SMS: 07-861 2222 Email: info@e22.com.my You can: 1. Use an emergency phone located every 2 km along the E22. 2. Contact a hotline: 07-861 2222. 3. SMS: 07-861 2222 4. Email: info@e22.com.my
-
Q7. Di manakah Pusat Pentadbiran E22? Where is the E22 Administration Center located?Kompleks Pejabat Pentadbiran KM 22 Lebuhraya E22 81800 Ulu Tiram Johor Darul Takzim
-
Q8. Di mana saya boleh dapat flyers E22? Where can I get the E22 flyers?Anda boleh mendapatkan flyers E22 di CIQ, Pusat Informasi Pelancongan Johor (JOTIC) di JOTIC Mall, Johor Bahru dan Kota Tinggi serta di semua Plaza Tol E22. You can get E22 flyers at CIQ, Johor Tourism Information Center (JOTIC) at JOTIC Mall, Johor Bahru and Kota Tinggi and at all E22 Toll Plaza.
-
Q9. Berapakah jarak perjalanan bagi setiap destinasi di E22? What is the distance traveled for each destination in E22?Jarak perjalanan keseluruhan Lebuhraya Senai-Desaru adalah sepanjang 77 km. Jarak perjalanan di antara persimpangan adalah seperti berikut: Senai ke Ulu Tiram – 23 km. Ulu Tiram ke Cahaya Baru – 20 km. Cahaya Baru ke Pasir Gudang – 7 km. Cahaya Baru ke Penawar (Desaru) – 27 km. The total distance of the Senai-Desaru Highway is 77 km. Distance traveled between intersections is as follows: Senai ke Ulu Tiram – 23 km. Ulu Tiram ke Cahaya Baru – 20 km. Cahaya Baru ke Pasir Gudang – 7 km. Cahaya Baru ke Penawar (Desaru) – 27 km.
-
Q10. Berapakah anggaran masa perjalanan bagi setiap destinasi di sepanjang E22? What is the estimated travel time for each destination along the E22?Image Overview:
-
Q11. Adakah E22 mengeluarkan resit bagi penggunaan kad Touch N Go? Does E22 issue a receipt for Touch N Go card usage?Ya. Anda hanya perlu menggunakan Touch N Go di lorong kenderaan berat (Lorong paling kiri) dan meminta resit dengan jurutol kami. Yes. You just have to use Touch N Go in heavy vehicle lane (leftmost lane) and ask for a receipt with our toll teller.
-
Q12. Bagaimanakah cara untuk menggunakan kad Touch N Go bagi pengguna teksi (Kenderaan Kelas 4)? How to use Touch N Go cards for taxis users (Class 4 Vehicles)?Pemandu teksi boleh menggunakan lorong Touch N Go di mana-mana persimpangan masuk tetapi harus menggunakan lorong kenderaan berat (Lorong lori) untuk menikmati kadar diskaun untuk kenderaan Kelas 4. Taxi drivers can use the Touch N Go lane at any entry junction but should use heavy vehicle lanes (Truck lane) to enjoy discounted rates for Class 4 vehicles.
-
Q13. Adakah E22 mempunyai servis tambah nilai kad Touch N Go? Does E22 have Touch N Go card reload service?Ya. Anda boleh menambah nilai kad Touch N Go anda di Pusat Jualan kami yang terletak di semua Plaza Tol E22. Anda juga boleh membeli kad Touch N Go di Pusat Jualan kami. Yes. You can add your Touch N Go card at our Sales Center located at all E22 Toll Plaza. You can also buy Touch N Go cards at our Sales Center.
-
Q14. Adakah pihak SDE ada perancangan untuk melaksanakan pelebaran lorong dari Cahaya Baru ke Persimpangan Bandar Penawar? Does SDE have a plan to widen the single-carriageway from Cahaya Baru to Bandar Penawar Intersection?Obligasi SDEB sebagai syarikat konsesi bagi pelebaran lorong lebuhraya di jajaran Pakej 3 (sepanjang 28.1km antara Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru ke Persimpangan Bandar Penawar) dijadualkan untuk bermula pada 2031 dan 2034, dengan menaiktaraf jajaran kepada konfigurasi 4-lorong 2-hala dengan piawaian R6 (ATJ). Walaubagaimanapun, Kerajaan Persekutuan melalui agensi Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan Projek Pelebaran Awal Pakej 3 ini pada awal 2018. Namun, projek ini telah ditangguhkan sementara setelah kerajaan baharu dilantik selepas Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14) pada Mei 2018. Projek ini kemudiannya dibatalkan sepenuhnya disebabkan ianya tidak memenuhi syarat minimum mencapai 10% progress fizikal yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Apabila negara dilanda Pandemik Covid-19 pada Disember 2019 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada Mac 2020, peruntukan Kerajaan Persekutuan ditumpukan kepada memerangi pandemik secara keseluruhan. Bagi menangani isu kesesakan waktu puncak di Persimpangan Lampu Isyarat Bandar Penawar, Kerajaan Persekutuan melalui Pasukan Khas JKR PIPC (JKR-PIPC) telah memulakan projek menaiktaraf persimpangan tersebut pada Feb 2022, dengan cadangan pembinaan tetanjak (directional ramp) selepas Plaza Tol Penawar menghala ke Bandar Penawar/Pengerang (Jalan Persekutuan FR92) dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026. SDEB’s obligation to widen the 28.1km stretch of Package 3 (from the Cahaya Baru Interchange to the Bandar Penawar Intersection) is planned to start in 2031 and 2034, (the mainline to be upgraded to a 4-lane dual-2 carriageway configuration and R6 (ATJ) specifications). Historically, the Federal Government via Jabatan Kerja Raya (JKR) has initiated an EARLY Widening Project of the said stretch in early 2018. However, the project was put on hold when the newly elected government was formed after General Election 14 (GE14) in May 2018. Subsequently, the project was cancelled a year later due to its physical progress being lower than the minimum 10% requirement set by the Ministry of Finance (MoF). As the pandemic Covid-19 struck Malaysia in Dec 2019 and the Movement Control Order (MCO) was implemented in March 2020, the federal funding has been relocated to the need to combat the pandemic situation nationwide. Nevertheless, to ease the congestion at Bandar Penawar Intersection during peak hours, the Federal Government via Pasukan Khas JKR PIPC (JKR-PIPC) has started in Feb 2022, to upgrade the existing Bandar Penawar Intersection with directional ramp access from Toll Plaza Penawar towards Bandar Penawar/Pengerang (Route FR92) and the new directional ramp is expected to be completed in 2026.
-
Q15. Bilakah susur keluar yang menghubungkan J10 menghala ke Tanjung Langsat akan dibuka? When will the exit connecting J10 to Tanjung Langsat be opened?Jalan susur yg menghubungkan J10 ke Lebuhraya E22 telah dibina oleh pihak ketiga. Buat masa ini pihak ketiga tersebut masih belum menyempurnakan pembinaan tersebut dan masih banyak syarat2 yg belum dipenuhi oleh mereka. Sehingga kini pihak kami belum menerima butir2 perancangan penyiapan kerja2 dari mereka. The slip road connecting J10 to the E22 Highway was built by a third party. For now, the third party has not yet completed the construction and there are still many conditions that have not been met by them. Until now, we have not received details of the work completion plan from them.
bottom of page